Al Baik

Albaik (Bahasa Arab: البيك‎, bermaksud Bey, dan digayakan sebagai ALBAIK) ialah sebuah rantaian restoran makanan segera utama di Arab Saudi yang terutamanya menjual ayam bakar dan udang dengan pelbagai jenis sos. Ia adalah antara pengguna ayam utama di Arab Saudi.[1] Rantaian tersebut memiliki lebih daripada 40 buah cawangan di Jeddah di mana ibu pejabatnya terletak: lapan di Mekah, enam di Madinah, dua di Buraidah, dan satu di Taif, Yanbu, Al Qunfudzah, Al-Lith, Al-Kharj dan Riyadh.[2] Kini, Albaik mula mengembang ke kawasan tengah Arab Saudi dengan dua cawagna dibuka di Buraidah dan merancang untuk membuka di Abha, dan cawangan-cawangan lain yang dirancang untuk bandar tersebut, tambahan ke bandar utama yang lain di kawasan tersebut.[3] Ini menandakan kali pertama rantaian tersebut telah mengembang luar daripada kawasan perkhidmatan utamanya di daerah-daerah barat Arab Saudi. Albaik juga diperkenalkan di daerah selatan Arab Saudi, di bandar Jizan pada tahun 2016. Setakat 2019, Albaik sedang membina cawangan terbarunya di Al Baha.[4]